Friday 3 August 2018

warna-warna terang Petunia

     Hampir 100% taman berkonsepkan taman Inggeris dan Container garden yang penulis kunjungi tidak akan melepaskan peluang menanam bunga petunia sebagai salah satu koleksi bunga hiasan terindah. Amat sukar menafikan kehebatan kuntuman mekar petunia pelbagai warna menyuntik 'semangat' dalam taman. Sama ada di tanam dalam pasu, pasu gantung, batas atau window boxes, ia tidak akan menghampakan perspektif taman.

     Bunga petunia berbentuk seakan-akan trumpet ini berasal dari Amerika Selatan. Dalam dialek Indian Amerika Selatan, 'Petun' bermaksud tembakau dan petunia itu sendiri bersifat seperti tembakau juga kerana daunnya memberi kesan narkotin kepada manusia. Terdapat 35 spesis asal petunia dan telah banyak juga dikacukkan (hibrid) bagi menghasilkan petunia yang lebih menarik dan lasak.

     Ia adalah bunga-bunga yang hebat di musim panas dan luruh di negara-negara yang mengalami empat  musim setahun dan dijadikan sebagai tanaman hiasan batasan, rumah hijau dan window boxes. Di Malaysia ia dianggap bunga eksotik kerana ia bukan berasal dari sini. Namun kita masih boleh membiakkannya melalui biji benih. Mengapa ia mampu tumbuh subur di sini kerana keadaan cuaca panas tropika boleh disamakan dengan keadaan musim panas di tempat asalnya.

     Petunia tumbuh dalam kelompok atau gugusan pokok yang padat dan berjuntaian kesan batang yang sederhana lembut. ia mampu tumbuh tinggi antara 1 kaki hingga 2 kaki dengan daun-daun hijau muda berbentuk bujur dan kecil berbulu halus. Kelopak petunia hadir dalam satu atau dua warna berjalur dengan warna yang kontra. Sebahagiannya juga mengeluarkan bau harum yang lembut.

PENANAMAN DAN PENJAGAAN PETUNIA
PANCARAN MATAHARI: Petunia sangat sukakan pancaran matahari namun begitu untuk keadaan cuaca tropika yang menerima pancaran terik, sebaiknya ia ditempatkan di tempat yang agak teduh seperti di balkoni atau memerlukan anda meletakkan jaring halus hitam sebagai kanopi. Ia memerlukan perlindungan seperti ini kerana tanah campuran yang digunakan sebagai medium tanaman akan cepat kering dan mengakibatkan bunga mudah layu dan mati.

MEDIUM TANAMAN:  Ia tumbuh subur dalam tanah bersaliran baik dengan kadar atau nisab campur 3:2:1 (tanah peroi : tanah gambut : pasir )

PENYIRAMAN: Dalam keadaan cuaca panas, siram petunia sekerap 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Ketika musim hujan, anda digalakkan menyiramnya sekadar yang perlu sahaja.

MEMBAJA: Aktiviti membaja sangat penting bagi petunia terutama sekali ketika ia dalam proses pertumbuhan menjadi pokok dewasa. Sebaiknya gunakan baja dalan bentuk cecair. Sekiranya anda ingin menggunakan baja biji-bijian anda perlu berhati-hati. Tabur dalam jarak yang agak jauh daripada batang dan tangkainya kerana bahagian ini mudah melecur. Gunakan baja biji bewarna merah untuk pertumbuhan bunga yang banyak.

























Satu pasu hanya RM18 jika berminat boleh:
1) https://www.facebook.com/kedaibajapokok/
2)https://www.facebook.com/nurseripokoktin/

atau boleh whasapps atau hubungi di nombor 019-2340298