Tuesday, 6 August 2019

Panduan Menanam Mangga


Nama Biasa : Mangga
Nama Saintifik : Mangifera indica
Keluarga : Anacardiaceae

Asal :
Mangga dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burmadan berkumingkinan juga dari Asia Tenggara.

Kawasan Utama Tanaman :
Di Malaysia, kawasan utama ditanam adalah di Perak, Perlis dan Kedah. Walaubagaimana pun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain.

Kegunaan :
Mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan sebagai makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kandungan Zat Makanan :
Kandungan
Unit/100gm
Tenaga
83 Kcal
Kabohidrat
15.6 gm
Kalsium
9 mg
Potasium
110 mg
Besi
0.4 mg
Magnesium
2 mg
Vitamin B1
0.05 mg
Vitamin B2
0.07 mg
Vitamin C
23 mg
Lemak
1.8 gm
Protien
1.0 gm
Niacin
0.5 mg

TANAMAN BOTANIA
Pokok :
Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 m. Dahan tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh.

Daun :
Daun mangga berbentuk eliptik mudah terus membujur, tersusun secara spiral, 10 - 40 sm panjang dan 3 - 10 sm lebar. Berdaun lebat berwarna merah ke cokelat hingga ke hijau terang bergantung kepada klon.


Bunga :
Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya mengandungi 1 - 40 % dari jumlah (200 - 10000) bunga pada setiap tangkai.

Buah :
Buah mangga terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga ke warna oren. Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryonik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah. Buah yang belum masak boleh dibaut rojak atau dibuat jeruk, ini termasuk dikeringkan, diproses menjadi jus, jam dan sebagainya.

Biji :
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat juga biji yang kesep.

Kultivar / Klon :
Sehingga kini hanya 4 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah Chok Anan (MA224), Harumanis (MA128), Golek (MA162), Maha 65 (MA165) , Mas Muda (MA204), juga varieti Nam Dok Mai (MA 223) dan Sala.

1. MA 128 (Harumanis)
Buahnya berbentuk lonjong (Ovoid oblong) dengan purata berat sebiji sekitar 340 - 450 gram. Warna kulit buah ketika muda adalah hijau dan bertukar kepada hijau gelap atau hijau sederhana apabila masak. Bagaimana pun apabila disarung dengan Pembungkus Khas Kertas Lapisan Berlogam, kulitnya akan bertukar menjadi warna kuning keemasan dan cantik. Isinya berwarna kuning oren dengan rasa amat enak, manis, berjus dengan aroma yang kuat. Buah harumanis mempunyai biji ditengahnya yang berukuran 8.7 cm x 4.2 cm. Varieti ini sesuai ditanam di negeri utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis dan Kedah kerana kawasan tersebut mempunyai jangkamasa kemarau dan panas agak panjang untuk aruhan pembungaan. Lazimnya varieti ini mengeluarkan hasil dalam bulan Mei hingga Jun setiap tahun. Kalau 10 - 15 tahun dahulu harga pasaran Mangga Harumanis sekitar RM 6.00 - RM 10.00 sekilogram, pada tahun 2013 harga runcit buah mangga ini dipasarkan pada Gred Premium sekitar RM 25.00 sekilogram. Buah ini telah mendapat luang pasaran ekspot ke Jepun melalui Jabatan Pertanian dan FAMA


2. MA 162 (Foo Fatt/ Golek)
Bentuk buah adalah lonjong panjang dengan purata berat sekitar 600 - 650 gram. Kulit buah akan menjadi hijau kekuningan atau hijau cerah apabila ianya telah masak. Warna isi buah mangga Foo Fat atau Golek ini adalah oren dengan kandungan fiber yang amat sedikit. Rasanya buah adalah manis dengan sedikit rasa masam dan ia mengandungi biji ditengahnya berukuran 14 cm x 3.3 cm ketebalannya. Varieti ini sudah agak sukar dijumpai ditanam secara komersil dinegara kita. Kebanyakan pokok varieti ini ditanam dikawasan taman perumahan dan beberapa stesyen Jabatan Pertanian



3. MA 165 (MAHA 65)
Varieti ini juga mempunyai bentuk buah yang panjang lonjong dengan purata sebiji buah beratnya sekitar 550 - 600 gram. Buah muda mempunyai warna kulit hijau muda dan akan menjadi warna kuning kehijauan apabila masak. Isinya juga berwarna oren kuat dengan rasa manis dan masam serta kurang mengandungi serabut (fibre). Buah ini mempunyai biji ditengahnya dengan ukuran biji 7 cm x 4.5. Pokok mangga varieti ini juga agak kurang ditanam oleh petani komersil secara monokrop. Saya dapati hanya beberapa Stesyen Jabatan Pertanian dan MARDI yang masih menyimpan baka varieti ini untuk dijadikan rujukkan. Pokok mangga ini juga ada ditanam dikawasan taman perumahan



4. MA 204 (Melele/ Mas muda)
Buah Varieti Melele mempunyai bentuk bulat panjang (Ovoid oblong)dengan anggaran purata berat sekitar 350 - 400 gram. Buah muda mempunyai kulit  berwarna hijau cerah saya dapati sehingga buah Melele masak betul pun ia masih berwarna hijau cerah. Isinya berwarna kuning cerah dengan tekstur yang halus. Rasanya adalah masam manis dan mempunyai biji ditengahnya berukuran sekitar 11 cm x 4.5 cm. Varieti ini juga antara varieti yang tidak lagi popular ditanam oleh petani kerana kurang mendapat sambutan.



5. MA 223 (Nam Dok Mai)
Nam Dok Mai adalah varieti mangga yang berasal dari Thailand dengan bentuk buah Lonjong Panjang (Oblong Elongate) dan purata berat buah sekitar 400 gram sebiji. Buah muda mempunyai kulit berwarna hijau dan akan bertukar kepada hijau kekuningan apabila masak. Ia mempunyai isi berwarna kuning dengan tekstur halus dan rasa yang sangat manis. Bijinya adalah besar dengan ukuran sekitar12.7 cm x 4.5 cm

6. MA 224 (Chok Anan)
Varieti ini juga berasal dari negara Thailand dan telah perkenalkan ke Melaka pada tahun 1989. Buah Chok Anan merupakan buah berbentuk bulat lonjong dengan warna kulit hijau ketika muda dan akan menjadi kuning apabila masak. Isinya mempunyai warna kuning oren dengan tekstur sederhana dan rasa manis. Buah ini mempunyai aroma yang sederhana dan purata berat buah sekitar 300 - 400 gram sebiji. Keistimewaan varieti ini adalah kerana ia mamou berbuah sepanjang tahun jika dikawal pertumbuhannya walau pun lazimnya ia bermusim. Kelebihan varieti ini adalah kerana ia berbuah awal dan mempunyai buah lekat (fruit set) yang amat baik. Kaedah cantasan sempurna membolehkan varieti ini kini merupakan varieti mangga yang paling luas ditanam di Malaysia iaitu kini telah merangkumi sebanyak 60% keluasan penanaman. Saya merupakan orang yang bertanggungjawab membawa masuk varieti ini rasa bangga dengan prestasi varieti ini dalam industri tanaman mangga negara.



7. Sala
Mangga Sala merupakan sejenis mangga yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran Thailand. Mangga ini mempunyai bentuk buah yang lonjong bulat dan agak panjang. Purata berat sebiji buah diantara 300 - 450 gram atau lebih lagi jika dijalankan penjarangan buah. Kulitnya berwarna hijau muda ketika masih muda (Lihat foto sebelah) dan akan kekal berwarna hijau apabila masak. Isinyaberwarna kuning oren dengan rasa yang masam manis dan sesuai untuk dimakan segar atau buah muda dibuat jeruk. Kelebihan varieti ini adalah kerana ia mempunyai kadar putik buah lekat lebih baik daripada varieti harum manis dan agak kurang diserang ulat pengorek batang.


KEPERLUAN TANAMAN
Cuaca :
Tanaman mangga sesuai di mana keadaan kering agak panjang (di antara 2 - 4 bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 - 30ºC. Hujan diperlukan ketika berbunga dan pembentukan buah.

Tanah :
Mangga boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, terutama tanah dari jenis liat berpasir dengan pH 5 hingga 7. Di Malaysia jenis tanah yang sesuai adalah dari siri-siri Chuping, Dampar, Gajah Mati, Kangar, Penambang, Rasam dan Telemong. Mangga juga boleh ditanam di tanah bekas lombong tetapi persediaan dan penjagaan rapi perlu dititikberat.

AMALAN KULTUR
Bahan Tanaman :
Mangga pada kebiasaannya ditanaman secara pembiakan tampang, tut atau keadah klip (cleft method) supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan mengeluarkan hasil dengan cepat.

Jarak Tanaman :
Jarak tanaman yang biasa digunkan adalah sistem empat segi dari 7.5 m X 7.7 (178/pokok/ha) hingga 10m X 10m (100/pokok/ha) bergantung kepada klon. MA 224 biasanya ditanam rapat jika dibandingkan dengan MA 165, MA 162 dan MA 204.

Menanam :
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan biarkan selama 2 - 4 minggu supaya terdedah kepada cuaca. Bahan Organik atau kompos sebanyak 5 - 10 kg/lobang dan 200 gm/lubang CIRP dimasukkan ke dalam lubang. Tanam anak benih dengan cermat supaya tidak mencederakan sistem akarnya.




Cantasan :
Cantasan dilakukan dengan kerap di semua peringkat pertumbuhannya. Di peringkat permulaan, cantasan membentuk dilakukan supaya dapat mengawal ketinggian pokok ketahap yang dikhendaki dan untuk mendapatkan dahan-dahan yang kuat dan pengeluaran yang baik. Pokok yang matang juga dicantas selalu supaya dapat mengurangkan pertumbuhan yang keterlaluan dan memastikan pembungaan yang maksima.

Pembajaan :
Program pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:
i) ¼ daripada jumlah ½ bulan sebelum berbunga
ii) ¼ daripada jumlah  semasa awal pembesaran buah (marble stage)
iii) ½ daripada jumlah.

Membungkus :
Membungkus buah dilakukan sebagai prosedur biasa daan boleh dilakukan menggunakan kertas-kertas surat khabar lama semasa buah sebesar ibu jari untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dan untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Program secara koktail penyemburan racun serangga, kulat dan foliar boleh dipraktikan.

Pengurusan Air :
Pengairan sangat penting di musim kemarau di tahun-tahun pertama pertumbuhan (juvenile phase) dan semasa pembesaran buah. Walaubagaimana pun pokok tidak digalakan diairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang (ripening stages).

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL
Kematangan :
Mangga mengambil masa 13 - 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan buah bergantung pada klon.

Hasil :
Panduan peringkat memungut hasil adalah seperti berikut.
i) Buah mencapai umur yang ditetapkan untuk beberapa klon dan isi berwarna kuning.
ii) Bahagian atas buah membengkak dan bulat dan leper dan hujungnya seakan berisi.
iii) Buah-buah yang telah dipetik tenggelam dalam air (cara apungan).

Mengutip hasil hendaklah dijalankan dengan cermat dan jika boleh gunakan galah yang berjaring untuk mengelak dari mencederakan buah. Buah dibasuh, rawat (contoh: rawatan air atau wap panas) kering, grad dan masukan ke dalam kotak-kotak bergantung pada keperluan pasaran.


PENYIMPANAN HASIL
Penyimpanan :
Mangga yang telah dipetik boleh disimpan selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 - 10ºC, manakala buah yang masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 - 21ºC.

EKONOMI
Jumlah kos pengeluaran untuk 25 tahun berjumlah RM 92,000.00
Berdasar kepada harga di ladang RM 1.60/kg :
Nilai kini bersih semasa (NPV) @ 10% ialah 42,000.00
Kadar pulangan dalam (IRR) ialah 32%
Nisbah faedah/kos (B/C) @ 10% ialah 2.04

Monday, 5 August 2019

Panduan Menanam Belimbing Madu


Nama Biasa : Belimbing
Nama Saintifik : Averrhoea carambola
Keluarga : Oxalidaceae

Asal :
Belimbing Besi dikatakan berasal dari Asia Tenggara, dari Kepulauan Jawa sehingga ke Filipina.

Kawasan Utama Tanaman :
Tanaman Belimbing boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di negeri-negeri Johor, Selangor, Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kegunaan :
Belimbing enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, jam, jeli, candy dan juga belimbing dijadikan sebagai pencuci mulut dan hiasan dalam hidangan.
Kandungan Zat Makanan
Kandungan    
Unit/100gm
Kalori
24 kcal
Protin
0.7 g
Lemak
1.9 g
Serabut
1.8 g
Kalsium
7 mg
Besi
0.4 mg
Vitamin A
26 mg
Vitamin B1
0.07 mg
Vitamin B2
0.07 mg
Vitamin C
25.8 mg



TANAMAN BOTANIA
Pokok :
Pokok belimbing boleh menjangkau pada ketinggian 5 hingga 12 meter. Mempunyai banyak dahan dan tunas-tunas air. Pada peringkat permulaan pokok berbentuk pramid dan membulat apabila pokok membesar.
Daun :
Daun belimbing kecil membujur (oval). Di permukaan atas daun licin dan berwarna kekuningan manakala permukaan bawah berwarna hijau gelap. Daun berukuran 2.4 cm lebar dan 2.9 cm panjang.

Bunga :
Bunga kecil dan berwarna ungu. Terdapat 5 sepal, 5 petal dan 5 stamen. Ovari terletak di bawah style. Bunga terbentuk pada semua bahagian batang, dahan dan pucuk.

Buah :
Buah berbentuk bujur dan terdapat 5 atau 6 sudut/lurah. Jika dipotong, ia berbentuk bintang. Buah berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning atau orange apabila masak. Isinya lembut, berair, ranggup dan manis dan sedikit kelat rasanya.



Kultivar / Klon :
Klon
Bentuk buah
Saiz Buah
Warna Buah
Rasa (masak)
B2 (MAHA 66)
Bujur
Sederhana 160 - 220 g/biji
Kuning kehijauan Kuning
Manis, berair dan lembut
B10
Bujur, besar di pangkal dan menguncup di hujung
Sederhana besar 180 - 250 g/biji
Oren kemerahan
-
B17 (Belimbing madu)
Bujur tirus (oblong)
Besar 200 - 300 g/biji
Oren dengan Bintik-bintik putih
Rangup, padat dan berserabut, manis dan wangi

KEPERLUAN TANAMAN
Cuaca :
Tanaman belimbing sesuai pada iklim tropika dan memerlukan curahan hujan yang banyak dan juga cuaca panas.

Tanah :
Belimbing tumbuh di tanah yang gembur dengan saliran yang baik. Ia tumbuh dengan baik di banyak jenis tanah dari tanah berpasir hingga ke tanah liat. Walau bagaimana pun pembaiakan tanah yang betul pengurusan tanah dengan sistem saliran yang baik dan pembajaan yang betul.





AMALAN KULTUR
Bahan Tanaman :
Dua kaedah penanaman yang biasa dilakukan pada tanaman belimbing iaitu kaedah pembiakan tampang atau tut dan kaedah klip (cleft methods). Semua kaedah di atas adalah sesuai tetapi kaedah pembiakan tampang adalah lebih popular. Anak pokok-pokok belimbing boleh diubah ke ladang selepas 4 bulan dibuat cantuman.

Jarak Tanaman :
Jarak tanaman yang paling sesuai adalah sistem empat segi iaitu 6m X 6m. Sistem ini menghasilkan sejumlah 278 pokok sehektar.

Menanam :
Setelah pengapuran dijalankan lubang digali sedalam 0.6m X 0.6m X 0.6m. Bahan organik atau kompos (5-10 kg) bersama-sama CIRP (200g) dimasukkan kedalam lubang dengan berhati-hati agar tidak terlalu mencederakan akar. 40%-50% lindungan adalah perlu di peringkat permulaan tanaman.

Cantasan :
Cantasan yang betul sangat penting untuk mendapatkan bentuk pokok yang cantik dan memudahkan kerja-kerja pengurusan dan juga untuk mendapatkan hasil yang baik. Cantasan yang disyorkan adalah seperti berikut :
i) Open centre
ii) Modified central leader
iii) Trellis branching system

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Fasa
Umur pokok (tahun)
Jenis Baja
Kadar
(kg/pokok/tahun)
Masa Pembajaan
Penyediaan Tanah

0
CIRP
Bahan Organik
0.25
10
Semasa penyediaan lubang
Pertumbuhan
1
15 : 15 : 15
atau
15 : 15 : 6 : 4
Bahan Organik

0.7
015
6 - 7 kali/tahun
3-4 kali/tahun
Pengeluaran Hasil

2
12:12:17:2 + TE
atau
13:13:20:2 + TE
Bahan Organik
1.2
30
6 - 7 kali/tahun
3 - 4 kali/tahun
3
12:12:17:2 + TE
atau
13:13:20:2 + TE
Bahan Organik
1.75
45
3 - 4 kali/tahun
4
12:12:17:2 + TE
atau
13:13:20:2 + TE
Bahan Organik
2.7
45
3 - 4 kali/tahun
5 ke atas
12:12:17:2 + TE
atau
13:13:20:2 + TE
Bahan Organik
4.0
45
3 - 4 kali/tahun

Pengurusan Air :
Pokok-pokok belimbing memerlukan saliran terutama pada tahap pertumbuhan dan pada musim berbuah. Pengairan mikro atau titis adalah disyorkan.

PENGURUSAN PEROSAK
Penyakit :
Penyakit yang sering menyerang belimbing adalah seperti berikut :
Penyakit
Tanda-tanda
Pembasmian
1. Die-back (Cephaleuros
   virescens red algae)
- Menyerang dahan, batang dan buah.
- Membengkak pada batang, rekahan   
  pada batang, daun gugur dan pokok   
  mati.
1. Cantas bahagian yang diserang
2. Copper Oxychloride
2. Penyakit Akar Putih
   (Rigidoporous lignosus- kulat)
- Menyerang sistem pengakaran.
- Daun layu, bertukar warna kuning, jatuh
  dan akar reput.
- Misilium putih kelihatan pada akar. 
1. Buang bahagaian
 yang diserang
2. Gunakan racun kulat

Serangga :
Serangga yang biasa menyerang belimbing adalah seperti berikut :
Perosak
Tanda-tanda
Pembasmian
1. Lalat Buah (Bactrocera spp.)
- Larva mengorek buah
Methyl Engenol sebagai promar sebagai umpan dengan Malathion (0.1% a.i)
2. Pengorek buah (Crytophlebia encarpa)
- Larva mengorek buah  hingga  
  ke biji
- Buah yang diserang gugur
- Amalan kebersihan ladang
- Gunakan Methamidophos,
  Acephate dan Cypermethion

Rumpai :
Rumpai boleh dikawal menggunakan jentera atau racun.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL
Kematangan :
Belimbing biasanya berbunga hanya beberapa bulan selepas ditanam. Walaubagaimana pun adalah dinasihatkan agar membiarkan pokok mencapai ke usia dua tahun baru digalakankan berbuah.




Hasil :
Belimbing biasanya mengeluarkan lebih kurang 300 biji buah setahun pada umur dua tahun. Penghasilan akan meningkat dari tahun ke setahun sehingga 9 tahun di mana ketika itu ia mula stabil pada kadar 1200 biji buah/pokok/tahun. Purata berat buah belimbing diantara 17-66 ton/ha untuk jankamasa 20 tahun.

Musim :
Belimbing berbunga sepanjang tahun tetapi terdapat dua musim utama dan 2 musim kecil. Musim-musim utama terdapat pada bulan April-Jun dan Oktober-Disember setiap tahun.

Penjarangan :
Jumlah buah yang terlalu banyak setangkai akan mengakibatkan buah menjadi kecil tidak berkualiti dan menjadi masalah ketika hendak membalutnya. Oleh itu sebiji buah belimbing adalah disyorkan setiap tangkai.

Kesesuaian Mengutip Hasil :
Belimbing mencapai tempoh kematangan selepas 45-90 hari bunga kembang dan ini bergantung pada keadaan cuaca semasa dan klon. Bagi klon B10 memerlukan 60-65 hari untuk mencapai indek warna 3, manakala B17 memerlukan 77-90 hari selepas bunga kembang. Di musim hujan, buah-buah belimbing akan masak 2-3 hari lebih awal jika dibandingkan di cuaca panas.

Indeks Warna :
1. Keseluruhan buah berwarna hijau
2. Buah bertukar warna hijau terang
3. Buah bertukar warna kuning kehijauan
4. Buah bertukar warna hijau kekuningan
5. Buah bertukar warna kuning
6. Buah berrtukar warna oren

MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL
Pasca Tuai :
Buah belimbing perlu dipetik dengan berhati-hati dan susun kedalam bakul dalam keadaan masih berbalut. Buah kemudian dibawa ke pusat pengumpulan dan di letakkan menelentang ke dalam bakul plastik atau Kotak kertas bersalur (corrugated fibre board carton). Ketika ini kertas balutan tidak semestinya dibuang kerana ini akan mengakibatkan buah rosak dan tercedera. Hanya semasa pembungkusan, barulah buah digred mengikut saiz, warna dan kualiti.

Penyimpanan :
Kotak-kotak belimbing perlu disimpan di dalam suhu 5ºC dengan kelembapan bandingan 90-95%. Dalam keadaan ini buah-buah boleh di simpan sehingga 9 minggu.

EKONOMI
Jumlah kos pengeluaran untuk 15 tahun dianggarkan RM 227,581.00
Berdasar kepada harga di ladang RM 1.00/kg IRR 43%
Nilai kini bersih 10% ialah RM 54,198.00 dan
Nisbah Faedah/Kos pada 10% ialah 1.45