Nama
Biasa : Mangga
Nama
Saintifik : Mangifera indica
Keluarga
:
Anacardiaceae
Asal
:
Mangga
dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burmadan berkumingkinan juga dari Asia
Tenggara.
Kawasan
Utama Tanaman :
Di
Malaysia, kawasan utama ditanam adalah di Perak, Perlis dan Kedah.
Walaubagaimana pun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain.
Kegunaan
:
Mangga
mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan sebagai makanan
pencuci mulut yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.
Kandungan
Zat Makanan :
Kandungan
|
Unit/100gm
|
Tenaga
|
83
Kcal
|
Kabohidrat
|
15.6
gm
|
Kalsium
|
9
mg
|
Potasium
|
110
mg
|
Besi
|
0.4
mg
|
Magnesium
|
2
mg
|
Vitamin
B1
|
0.05
mg
|
Vitamin
B2
|
0.07
mg
|
Vitamin
C
|
23
mg
|
Lemak
|
1.8
gm
|
Protien
|
1.0
gm
|
Niacin
|
0.5
mg
|
TANAMAN
BOTANIA
Pokok
:
Pokok
mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 m. Dahan tumbuh
secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh.
Daun
:
Daun
mangga berbentuk eliptik mudah terus membujur, tersusun secara spiral, 10 - 40
sm panjang dan 3 - 10 sm lebar. Berdaun lebat berwarna merah ke cokelat hingga
ke hijau terang bergantung kepada klon.
Bunga
:
Mangga
mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di
hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya mengandungi 1 -
40 % dari jumlah (200 - 10000) bunga pada setiap tangkai.
Buah
:
Buah
mangga terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna
hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga
ke warna oren. Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut
keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryonik
iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah. Buah yang belum masak boleh
dibaut rojak atau dibuat jeruk, ini termasuk dikeringkan, diproses menjadi jus,
jam dan sebagainya.
Biji
:
Kebiasaannya
biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat
juga biji yang kesep.
Kultivar
/ Klon :
Sehingga
kini hanya 4 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di
semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah Chok Anan
(MA224), Harumanis (MA128), Golek (MA162), Maha 65 (MA165) , Mas Muda (MA204),
juga varieti Nam Dok Mai (MA 223) dan Sala.
1. MA 128 (Harumanis)
Buahnya berbentuk lonjong (Ovoid oblong) dengan purata berat sebiji sekitar 340 - 450 gram. Warna kulit buah ketika muda adalah hijau dan bertukar kepada hijau gelap atau hijau sederhana apabila masak. Bagaimana pun apabila disarung dengan Pembungkus Khas Kertas Lapisan Berlogam, kulitnya akan bertukar menjadi warna kuning keemasan dan cantik. Isinya berwarna kuning oren dengan rasa amat enak, manis, berjus dengan aroma yang kuat. Buah harumanis mempunyai biji ditengahnya yang berukuran 8.7 cm x 4.2 cm. Varieti ini sesuai ditanam di negeri utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis dan Kedah kerana kawasan tersebut mempunyai jangkamasa kemarau dan panas agak panjang untuk aruhan pembungaan. Lazimnya varieti ini mengeluarkan hasil dalam bulan Mei hingga Jun setiap tahun. Kalau 10 - 15 tahun dahulu harga pasaran Mangga Harumanis sekitar RM 6.00 - RM 10.00 sekilogram, pada tahun 2013 harga runcit buah mangga ini dipasarkan pada Gred Premium sekitar RM 25.00 sekilogram. Buah ini telah mendapat luang pasaran ekspot ke Jepun melalui Jabatan Pertanian dan FAMA

2. MA
162 (Foo Fatt/ Golek)
Bentuk buah adalah lonjong panjang dengan purata berat sekitar 600 - 650 gram. Kulit buah akan menjadi hijau kekuningan atau hijau cerah apabila ianya telah masak. Warna isi buah mangga Foo Fat atau Golek ini adalah oren dengan kandungan fiber yang amat sedikit. Rasanya buah adalah manis dengan sedikit rasa masam dan ia mengandungi biji ditengahnya berukuran 14 cm x 3.3 cm ketebalannya. Varieti ini sudah agak sukar dijumpai ditanam secara komersil dinegara kita. Kebanyakan pokok varieti ini ditanam dikawasan taman perumahan dan beberapa stesyen Jabatan Pertanian

3. MA 165 (MAHA 65)
Varieti ini juga mempunyai bentuk buah yang panjang lonjong dengan purata sebiji buah beratnya sekitar 550 - 600 gram. Buah muda mempunyai warna kulit hijau muda dan akan menjadi warna kuning kehijauan apabila masak. Isinya juga berwarna oren kuat dengan rasa manis dan masam serta kurang mengandungi serabut (fibre). Buah ini mempunyai biji ditengahnya dengan ukuran biji 7 cm x 4.5. Pokok mangga varieti ini juga agak kurang ditanam oleh petani komersil secara monokrop. Saya dapati hanya beberapa Stesyen Jabatan Pertanian dan MARDI yang masih menyimpan baka varieti ini untuk dijadikan rujukkan. Pokok mangga ini juga ada ditanam dikawasan taman perumahan

4. MA 204 (Melele/
Mas muda)
Buah Varieti Melele mempunyai bentuk bulat panjang (Ovoid oblong)dengan anggaran purata berat sekitar 350 - 400 gram. Buah muda mempunyai kulit berwarna hijau cerah saya dapati sehingga buah Melele masak betul pun ia masih berwarna hijau cerah. Isinya berwarna kuning cerah dengan tekstur yang halus. Rasanya adalah masam manis dan mempunyai biji ditengahnya berukuran sekitar 11 cm x 4.5 cm. Varieti ini juga antara varieti yang tidak lagi popular ditanam oleh petani kerana kurang mendapat sambutan.
5. MA 223 (Nam Dok Mai)
Nam Dok Mai adalah varieti mangga yang berasal dari Thailand dengan bentuk buah Lonjong Panjang (Oblong Elongate) dan purata berat buah sekitar 400 gram sebiji. Buah muda mempunyai kulit berwarna hijau dan akan bertukar kepada hijau kekuningan apabila masak. Ia mempunyai isi berwarna kuning dengan tekstur halus dan rasa yang sangat manis. Bijinya adalah besar dengan ukuran sekitar12.7 cm x 4.5 cm

6. MA 224 (Chok Anan)
Varieti ini juga berasal dari negara Thailand dan
telah perkenalkan ke Melaka pada tahun 1989. Buah Chok Anan merupakan buah
berbentuk bulat lonjong dengan warna kulit hijau ketika muda dan akan menjadi
kuning apabila masak. Isinya mempunyai warna kuning oren dengan tekstur
sederhana dan rasa manis. Buah ini mempunyai aroma yang sederhana dan purata
berat buah sekitar 300 - 400 gram sebiji. Keistimewaan varieti ini adalah
kerana ia mamou berbuah sepanjang tahun jika dikawal pertumbuhannya walau pun
lazimnya ia bermusim. Kelebihan varieti ini adalah kerana ia berbuah awal dan
mempunyai buah lekat (fruit set) yang amat baik. Kaedah cantasan
sempurna membolehkan varieti ini kini merupakan varieti mangga yang paling luas
ditanam di Malaysia iaitu kini telah merangkumi sebanyak 60% keluasan
penanaman. Saya merupakan orang yang bertanggungjawab membawa masuk varieti ini
rasa bangga dengan prestasi varieti ini dalam industri tanaman mangga negara.
7. Sala
Mangga Sala merupakan sejenis mangga yang dipercayai
dibawa masuk dari negara jiran Thailand. Mangga ini mempunyai bentuk buah yang
lonjong bulat dan agak panjang. Purata berat sebiji buah diantara 300 - 450
gram atau lebih lagi jika dijalankan penjarangan buah. Kulitnya berwarna hijau
muda ketika masih muda (Lihat foto sebelah) dan akan kekal berwarna
hijau apabila masak. Isinyaberwarna kuning oren dengan rasa yang masam manis
dan sesuai untuk dimakan segar atau buah muda dibuat jeruk. Kelebihan varieti
ini adalah kerana ia mempunyai kadar putik buah lekat lebih baik daripada
varieti harum manis dan agak kurang diserang ulat pengorek batang.
KEPERLUAN
TANAMAN
Cuaca
:
Tanaman
mangga sesuai di mana keadaan kering agak panjang (di antara 2 - 4 bulan) dan
ketika suhu berada sekitar 24 - 30ºC. Hujan diperlukan ketika berbunga dan
pembentukan buah.
Tanah
:
AMALAN
KULTUR
Bahan
Tanaman :
Mangga
pada kebiasaannya ditanaman secara pembiakan tampang, tut atau keadah klip
(cleft method) supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan
mengeluarkan hasil dengan cepat.
Jarak
Tanaman :
Jarak
tanaman yang biasa digunkan adalah sistem empat segi dari 7.5 m X 7.7
(178/pokok/ha) hingga 10m X 10m (100/pokok/ha) bergantung kepada klon. MA 224
biasanya ditanam rapat jika dibandingkan dengan MA 165, MA 162 dan MA 204.
Menanam
:
Lubang
berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan biarkan selama 2 - 4 minggu supaya
terdedah kepada cuaca. Bahan Organik atau kompos sebanyak 5 - 10 kg/lobang dan
200 gm/lubang CIRP dimasukkan ke dalam lubang. Tanam anak benih dengan cermat
supaya tidak mencederakan sistem akarnya.
Cantasan
:
Cantasan
dilakukan dengan kerap di semua peringkat pertumbuhannya. Di peringkat
permulaan, cantasan membentuk dilakukan supaya dapat mengawal ketinggian pokok
ketahap yang dikhendaki dan untuk mendapatkan dahan-dahan yang kuat dan
pengeluaran yang baik. Pokok yang matang juga dicantas selalu supaya dapat
mengurangkan pertumbuhan yang keterlaluan dan memastikan pembungaan yang
maksima.
Pembajaan
:
Program
pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:
i)
¼ daripada jumlah ½ bulan sebelum berbunga
ii)
¼ daripada jumlah semasa awal pembesaran
buah (marble stage)
iii)
½ daripada jumlah.
Membungkus
:
Membungkus
buah dilakukan sebagai prosedur biasa daan boleh dilakukan menggunakan
kertas-kertas surat khabar lama semasa buah sebesar ibu jari untuk mengurangkan
penggunaan bahan kimia dan untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Program
secara koktail penyemburan racun serangga, kulat dan foliar boleh dipraktikan.
Pengurusan
Air :
Pengairan
sangat penting di musim kemarau di tahun-tahun pertama pertumbuhan (juvenile
phase) dan semasa pembesaran buah. Walaubagaimana pun pokok tidak digalakan
diairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang (ripening stages).
KEMATANGAN
DAN MENGUTIP HASIL
Kematangan
:
Mangga
mengambil masa 13 - 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan buah
bergantung pada klon.
Hasil
:
Panduan
peringkat memungut hasil adalah seperti berikut.
i)
Buah mencapai umur yang ditetapkan untuk beberapa klon dan isi berwarna kuning.
ii)
Bahagian atas buah membengkak dan bulat dan leper dan hujungnya seakan berisi.
iii)
Buah-buah yang telah dipetik tenggelam dalam air (cara apungan).
Mengutip
hasil hendaklah dijalankan dengan cermat dan jika boleh gunakan galah yang
berjaring untuk mengelak dari mencederakan buah. Buah dibasuh, rawat (contoh:
rawatan air atau wap panas) kering, grad dan masukan ke dalam kotak-kotak
bergantung pada keperluan pasaran.
PENYIMPANAN
HASIL
Penyimpanan
:
Mangga
yang telah dipetik boleh disimpan selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 - 10ºC,
manakala buah yang masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 - 21ºC.
EKONOMI
Jumlah
kos pengeluaran untuk 25 tahun berjumlah RM 92,000.00
Berdasar
kepada harga di ladang RM 1.60/kg :
Nilai
kini bersih semasa (NPV) @ 10% ialah 42,000.00
Kadar
pulangan dalam (IRR) ialah 32%
Nisbah
faedah/kos (B/C) @ 10% ialah 2.04
No comments:
Post a Comment