Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20cm. Kemudian membina batas
yang berukuran 1.2m lebar, 7.5m panjang dan 20-30cm tinggi disediakan.
2.
MENANAM
Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5kg biji
benih digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan
racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan
ditabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari,
penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20cm antara baris
(alur) dan 10cm antara pokok.
3.
PEMBAJAAN
Bagi tanah mineral, baja organik digaulkan ke dalam batas untuk
menentukan kesuburan pokok.
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Pusingan
|
Masa
|
Jenis baja
|
Kadar/Batas
|
Kadar/Hek. (650 batas)
|
1
|
Sebelum menanam
|
Baja organik
|
6 kg
|
4 tan
|
2
|
2 minggu
|
NPK 15:15:15
|
0.4 kg
|
0.25 tan
|
3
|
3 minggu
|
NPK 15:15:15
|
0.5 kg/0.4kg
|
0.25 tan
|
4.
PENGUTIPAN HASIL
Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini dipungut
dengan memotong pada paras tanah hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok
mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah di antara 10-16 tan/ha dan hasil
purata ialah 14 tan/ha.
5. PENGAIRAN
Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.
Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau system
pengairan renjis adalah disyorkan.
6. KAWALAN RUMPAI
Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali
sepanjang umur pokok. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling
batas dan parit.
7. KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Di antara serangga dan penyakit utama yang menyerang
tanaman sawi ialah:
Jenis
Serangga/Penyakit
|
kawalan
|
Ulat Ratus (Army
worm)
Spodoptera litura
|
Sembur racun
fenvalerate
|
Kumbang Kutu
Phyliotera sinuate
Ateph
|
Sembur racun
malathion
|
Ulat Pangkas (Cut
Worm)
Agrotis xpsilon
|
Sembur racun
fenvalerate
|
Ulat Pluttela
Pluttel xylostella
|
Sembur racun Bacillus
thuringiensis. Amalkan tanaman giliran.
|
Reput Lembut
Erwinia carotovora
|
Rawatan biji benih
dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan tentukan saliran yang baik
|
Bintik Daun (Leaf
Spot)
Cercospora spp.
|
Rawatan biji benih
dengan thiram.
|
Reput Daun (Leaf Rot)
Corticum solani
|
Cabut dan buang pokok
yang berpenyakit.
|