Wednesday, 24 July 2019

PANDUAN MENANAM SAWI

PANDUAN MENANAM SAWI
   1.       PENYEDIAAN TANAH
Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20cm. Kemudian membina batas yang berukuran 1.2m lebar, 7.5m panjang dan 20-30cm tinggi disediakan.

   2.       MENANAM
Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5kg biji benih digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20cm antara baris (alur) dan 10cm antara pokok.

3.       PEMBAJAAN
Bagi tanah mineral, baja organik digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Pusingan
Masa
Jenis baja
Kadar/Batas
Kadar/Hek. (650 batas)
1
Sebelum menanam
Baja organik
6 kg
4 tan
2
2 minggu
NPK 15:15:15
0.4 kg
0.25 tan
3
3 minggu
NPK 15:15:15
0.5 kg/0.4kg
0.25 tan

4.       PENGUTIPAN HASIL
Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah di antara 10-16 tan/ha dan hasil purata ialah 14 tan/ha. 

5.       PENGAIRAN
Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau system pengairan renjis adalah disyorkan.

6.       KAWALAN RUMPAI
Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.




7.       KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Di antara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:
Jenis Serangga/Penyakit
kawalan
Ulat Ratus (Army worm)
Spodoptera litura
Sembur racun fenvalerate
Kumbang Kutu
Phyliotera sinuate Ateph
Sembur racun malathion
Ulat Pangkas (Cut Worm)
Agrotis xpsilon
Sembur racun fenvalerate
Ulat Pluttela
Pluttel xylostella
Sembur racun Bacillus thuringiensis. Amalkan tanaman giliran.
Reput Lembut
Erwinia carotovora
Rawatan biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan tentukan saliran yang baik
Bintik Daun (Leaf Spot)
Cercospora spp.
Rawatan biji benih dengan thiram.
Reput Daun (Leaf Rot)
Corticum solani
Cabut dan buang pokok yang berpenyakit.





No comments:

Post a Comment