Monday, 22 July 2019
Pokok Bakawali
Misteri bunga indah dan harum Bakawali sering kali diperkatakan. Sebahagian kecil di kalangan masyarakat tempatan mendakwa bahawa ketika Bakawali kembang mekar, sang pari-pari sedang turun ke bumi. Kelopak mekar dan haruman lembut yang disebarkan merupakan sambutan alu-aluan kedatangan pari-pari. ini hanya cerita khayalan atau rekaan semata-mata kerana tidak pasti sejauh mana kesahihannya.
Pokok Bakawali merupakan merupakan herba sekulen, lebih dikenali dengan nama saintifiknya, Epiphyllum oxypetallum yang tergulung dalam famili cactaceae. Masyarakat Cina memanggil kaktus ini Keng Hwa. Ramai yang tidak tahu bahawa ia merupakan sejenis kaktus dan sering kali ia dilabelkan sebagai 'Epicacti' atau kaktus hutan bagi membezakannya dari kaktus yang sering terdapat di tanah tandus seperti gurun. Ada juga yang memanggilnya sebagai 'Kaktus orkid' kerana kelopaknya yang besar dan terdapat pelbagai warna. Kebiasaannya kelopak Bakawali yang berwarna merupakan hasil kacukan hibrid epiphyllum manakala Bakawali asli mempunyai kelopak bewarna putih dan kekuningan. Bakawali bukanlah sejenis parasit kerana ia hanya merumpang tanpa menggunakan nutrien rumah tumpangannya.
Bakawali berasal dari Mexico dan telah diperkenalkan ke Malaysia oleh masyarakat Cina dari Amony dalam tahun 1921 dan menanamnya kerana bunganya berbau wangi dan juga sebagai ubat. Pokoknya mampu tumbuh tinggi mencapai ketinggian 1-2 meter, batangnya pendek sahaja dan bercabang-cabang dengan dahan-dahan yang leper seperti daun dengan ukuran kira-kira 6-10 cm lebar dan 25-45 cm panjang. Tepinya kelihatan berombak-ombak(scalloped), berwarna hijau dan keperang-perangan.
Bunganya keluar dari tepi dahan dan tangkainya sepanjang 20-25 cm. Kelopaknya cukup menarik dan banyak, berbentuk linear atau ovat, berwarna putih. Stamennya banyak dan berwarna kuning. Bunga ini mula kembang dari pukul 8 malam dan kembang sepenuhnya sehingga pukul 12 malam. Sifatnya yang berkembang mekar di malam hari, aktiviti pembiakan sering dilakukan oleh kelawar yang keluar di waktu malam. Ini kerap berlaku di habitat asalnya seperti di dalam hutan.
Seperkara yang menarik tentang tentang Bakawali ini ialah ia akan mengeluarkan bunyi 'pop' ketika hendak mekar dan apabila kembang sepenuhnya, bunga ini mengeluarkan bau yang harum. Pada waktu pagi bunga ini akan mala. Bunga ini tidak menghasilkan buah dalam iklim Malaysia.
Masyarakat Cina gemar menanam kaktus ini dalam pasu besar dan meletaknya di hadapan rumah, kononnya membawa nasib yang baik atau luck. Konon ceritanya bila kaktus ini mula berbunga, mereka akan menunggu bunga-bunga ini kembang sepenuhnya. Bila bunga ini kembang sepenuhnya keluarlah pari-pari berserta bau yang harum dan akan membawa untung atau luck kepada penanamnya. Bunga Bakawali atau Keng Hwa dikatakan juga sebagai ubat yang boleh menyembuhkan batuk dan kencing berdarah setelah direbus dan diminum air rebusannya yang dicampurkan dengan sedikit gula batu.
Pokok Bakawali mudah dibiakkan dengan cara keratan. Keratan boleh ditanam terus ke dalam pasu yang diisi dengan tanah bakar yang dicampurkan dengan najis haiwan yang cukup reput. Pokok ini mudah hidupnya dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi kecuali memberi baja daripada najis haiwan secukupnya atau baja sebatian kompleks granule 12:12:17:2 T.E.
Jika berminat untuk dapatkan pokok ini boleh hubungi di no 019-2340298, harga sepasu hanya rm15
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment