Tuesday, 23 July 2019

BUNGA PELAGA

BUNGA PELAGA

Alhamdulillah benih bunga pelaga dah sampai, inshaAllah lagi 2bulan pokok bunga pelaga boleh dijual

Monday, 22 July 2019

Pokok Bakawali


     Misteri bunga indah dan harum Bakawali sering kali diperkatakan. Sebahagian kecil di kalangan masyarakat tempatan mendakwa bahawa ketika Bakawali kembang mekar, sang pari-pari sedang turun ke bumi. Kelopak mekar dan haruman lembut yang disebarkan merupakan sambutan alu-aluan kedatangan pari-pari. ini hanya cerita khayalan atau rekaan semata-mata kerana tidak pasti sejauh mana kesahihannya.

     Pokok Bakawali merupakan merupakan herba sekulen, lebih dikenali dengan nama saintifiknya, Epiphyllum oxypetallum yang tergulung dalam famili cactaceae. Masyarakat Cina memanggil kaktus ini Keng Hwa. Ramai yang tidak tahu bahawa ia merupakan sejenis kaktus dan sering kali ia dilabelkan sebagai 'Epicacti' atau kaktus hutan bagi membezakannya dari kaktus yang sering terdapat di tanah tandus seperti gurun. Ada juga yang memanggilnya sebagai 'Kaktus orkid' kerana kelopaknya yang besar dan terdapat pelbagai warna. Kebiasaannya kelopak Bakawali yang berwarna merupakan hasil kacukan hibrid epiphyllum manakala Bakawali asli mempunyai kelopak bewarna putih dan kekuningan. Bakawali bukanlah sejenis parasit kerana ia hanya merumpang tanpa menggunakan nutrien rumah tumpangannya.

     Bakawali berasal dari Mexico dan telah diperkenalkan ke Malaysia oleh masyarakat Cina dari Amony dalam tahun 1921 dan menanamnya kerana bunganya berbau wangi dan juga sebagai ubat. Pokoknya mampu tumbuh tinggi mencapai ketinggian 1-2 meter, batangnya pendek sahaja  dan bercabang-cabang dengan dahan-dahan yang leper seperti daun dengan ukuran kira-kira 6-10 cm lebar dan 25-45 cm panjang. Tepinya kelihatan berombak-ombak(scalloped), berwarna hijau dan keperang-perangan.

     Bunganya keluar dari tepi dahan dan tangkainya sepanjang 20-25 cm. Kelopaknya cukup menarik dan banyak, berbentuk linear atau ovat, berwarna putih. Stamennya banyak dan berwarna kuning. Bunga ini mula kembang dari pukul 8 malam dan kembang sepenuhnya sehingga pukul 12 malam. Sifatnya yang berkembang mekar di malam hari, aktiviti pembiakan sering dilakukan oleh kelawar yang keluar di waktu malam. Ini kerap berlaku di habitat asalnya seperti di dalam hutan.

     Seperkara yang menarik tentang tentang Bakawali ini ialah ia akan mengeluarkan bunyi 'pop' ketika hendak mekar dan apabila kembang sepenuhnya, bunga ini mengeluarkan bau yang harum. Pada waktu pagi bunga ini akan mala. Bunga ini tidak menghasilkan buah dalam iklim Malaysia.
   
     Masyarakat Cina gemar menanam kaktus ini dalam pasu besar dan meletaknya di hadapan rumah, kononnya membawa nasib yang baik atau luck. Konon ceritanya bila kaktus ini mula berbunga, mereka akan menunggu bunga-bunga ini kembang sepenuhnya. Bila bunga ini kembang sepenuhnya keluarlah pari-pari berserta bau yang harum dan akan membawa untung atau luck kepada penanamnya. Bunga Bakawali atau Keng Hwa dikatakan juga sebagai ubat yang boleh menyembuhkan batuk dan kencing berdarah setelah direbus dan diminum air rebusannya yang dicampurkan dengan sedikit gula batu.

     Pokok Bakawali mudah dibiakkan dengan cara keratan. Keratan boleh ditanam terus ke dalam pasu yang diisi dengan tanah bakar yang dicampurkan dengan najis haiwan yang cukup reput. Pokok ini mudah hidupnya dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi kecuali memberi baja daripada najis haiwan secukupnya atau baja sebatian kompleks granule 12:12:17:2 T.E. 

Jika berminat untuk dapatkan pokok ini boleh hubungi di no 019-2340298, harga sepasu hanya rm15

Friday, 3 August 2018

warna-warna terang Petunia

     Hampir 100% taman berkonsepkan taman Inggeris dan Container garden yang penulis kunjungi tidak akan melepaskan peluang menanam bunga petunia sebagai salah satu koleksi bunga hiasan terindah. Amat sukar menafikan kehebatan kuntuman mekar petunia pelbagai warna menyuntik 'semangat' dalam taman. Sama ada di tanam dalam pasu, pasu gantung, batas atau window boxes, ia tidak akan menghampakan perspektif taman.

     Bunga petunia berbentuk seakan-akan trumpet ini berasal dari Amerika Selatan. Dalam dialek Indian Amerika Selatan, 'Petun' bermaksud tembakau dan petunia itu sendiri bersifat seperti tembakau juga kerana daunnya memberi kesan narkotin kepada manusia. Terdapat 35 spesis asal petunia dan telah banyak juga dikacukkan (hibrid) bagi menghasilkan petunia yang lebih menarik dan lasak.

     Ia adalah bunga-bunga yang hebat di musim panas dan luruh di negara-negara yang mengalami empat  musim setahun dan dijadikan sebagai tanaman hiasan batasan, rumah hijau dan window boxes. Di Malaysia ia dianggap bunga eksotik kerana ia bukan berasal dari sini. Namun kita masih boleh membiakkannya melalui biji benih. Mengapa ia mampu tumbuh subur di sini kerana keadaan cuaca panas tropika boleh disamakan dengan keadaan musim panas di tempat asalnya.

     Petunia tumbuh dalam kelompok atau gugusan pokok yang padat dan berjuntaian kesan batang yang sederhana lembut. ia mampu tumbuh tinggi antara 1 kaki hingga 2 kaki dengan daun-daun hijau muda berbentuk bujur dan kecil berbulu halus. Kelopak petunia hadir dalam satu atau dua warna berjalur dengan warna yang kontra. Sebahagiannya juga mengeluarkan bau harum yang lembut.

PENANAMAN DAN PENJAGAAN PETUNIA
PANCARAN MATAHARI: Petunia sangat sukakan pancaran matahari namun begitu untuk keadaan cuaca tropika yang menerima pancaran terik, sebaiknya ia ditempatkan di tempat yang agak teduh seperti di balkoni atau memerlukan anda meletakkan jaring halus hitam sebagai kanopi. Ia memerlukan perlindungan seperti ini kerana tanah campuran yang digunakan sebagai medium tanaman akan cepat kering dan mengakibatkan bunga mudah layu dan mati.

MEDIUM TANAMAN:  Ia tumbuh subur dalam tanah bersaliran baik dengan kadar atau nisab campur 3:2:1 (tanah peroi : tanah gambut : pasir )

PENYIRAMAN: Dalam keadaan cuaca panas, siram petunia sekerap 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Ketika musim hujan, anda digalakkan menyiramnya sekadar yang perlu sahaja.

MEMBAJA: Aktiviti membaja sangat penting bagi petunia terutama sekali ketika ia dalam proses pertumbuhan menjadi pokok dewasa. Sebaiknya gunakan baja dalan bentuk cecair. Sekiranya anda ingin menggunakan baja biji-bijian anda perlu berhati-hati. Tabur dalam jarak yang agak jauh daripada batang dan tangkainya kerana bahagian ini mudah melecur. Gunakan baja biji bewarna merah untuk pertumbuhan bunga yang banyak.

























Satu pasu hanya RM18 jika berminat boleh:
1) https://www.facebook.com/kedaibajapokok/
2)https://www.facebook.com/nurseripokoktin/

atau boleh whasapps atau hubungi di nombor 019-2340298



Friday, 3 November 2017

Khasiat Bunga Telang

Bunga Telang (Clitoria ternatea) @ Bunga Nasi Kerabu
Khasiat perubatan bagi wanita
Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.
Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.
Manfaat lain Bunga Telang.
1.Menyuburkan rambut
Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.
2. Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.
3. Merawat ulser mulut.
Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
4. Insomnia
Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.
5.Mengubati bisul
Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut.
6.Melawaskan kencing
Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.
7.Membersihkan mata
Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.
8.Perbaiki haid wanita
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.
9.Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
10.Pewarna makanan dan fabrik
Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)
11. Sebagai detox
Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN. Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!
12. Mengubati batuk
Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma
13. Ubati bronchitis
Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam.
14. Mencuci darah
Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah
15. Ubati sakit telinga
Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.
kami ada menjual anak pokok bunga telang
RM10 sahaja per pasu
Berminat boleh hubungi kami di 019-2340298 atau di page kamihttps://www.facebook.com/kedaibajapokok/


Pokok Bunga Kantan

 Pokok Bunga Kantan














BOTANI TANAMAN
Nama saintifik bagi kantan ialah Phaeomeria speciosa. Ia dikelaskan didalam keluarga Zingiberaceae sama seperti lengkuas dan halia. Jenis tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok. Boleh mencapai sehingga empat hingga enam meter tinggi.
TANAMAN KANTAN
Ramai yang tidak tahu kelebihan pada pokok kantan. Batang kantan misalannya dapat mengubati penyakit bengkak-bengkak, manakala buah boleh menambah selera makan, ubi kantan boleh dijadikan perisa dalam makanan, bunga sebagai bahan gubahan jambak-jambak bunga dan biji kantan dapat mengubati sakit telinga. Disini admin akan maklumkan serba sedikit mengenai tanaman kantan.
FAKTOR IKLIM
Kantan sesuai ditanam di kawasan-kawasan yang bersuhu 24-33c dan mendapat hujan antara 1800-2200 mm setahun ( sangat sesuai ditanam diMalaysia )
PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN
Pokok kantan boleh ditanam menggunakan biji benih atau rizom. Penanaman menggunakan rizom lebih bagus kerana ia boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat. Rizom kantan yang mempunyai sulur cangkul dikeluarkan dari perdu pokok. Rizom ini dipotong dan setiap potongan rizom seeloknya mempunyai 2-3 mata tunas dan akarserabut untuk menggalakkan pertumbuhan.
PENANAMAN DILADANG
Jarak tanaman yang disyorkan adalah 2 meter diantara baris dan 1 meter di dalam baris. Lubang tanaman berukuran 20cm X 20 cm X 20cm disediakan bagi kerja-kerja penanaman. Gunakan sungkupan untuk mengelakkan rizom menjadi kering.
JENIS PEMBAJAAN
Semasa Menanam
- CIRP = 50 gram / rumpun.
-Kapur = 125 gram/ rumpun
Usia Kantan 4 bulan
-Tahi ayam = 1 kilogram / rumpun
Usia Kantan 5 bulan
-NPK 12:12:17:2 = 30 gram/ rumpun
Usia Kantan 7 bulan
- NPK 12:12:17:2 = 70 gram/rumpun
Usia Kantan 9 bulan
- NPK 12:12:17:2 = 100 gram / rumpun
- Kapur =200 gram / rumpun
Usia Kantan 12 bulan dan keatas
-NPK 12:12:17:2 = 125 gram / rumpun
15 bulan ke atas
- Kapur =200 gram/rumpun
-Tahi Ayam = 500 gram/ rumpun
kami ada menjual anak pokok bunga kanta
RM30/poly bag kecil @ RM50/polybag besar
Berminat boleh hubungi kami di 019-2340298 @ page https://www.facebook.com/kedaibajapokok/





Wednesday, 1 November 2017

Tong Biru 200L terpakai

Tong Biru 200L terpakai
Anda berminat untuk dapatkan tong biru 200L terpakai boleh hubungi kami di 019-2340298 @ page https://www.facebook.com/kedaibajapokok/




Khasiat Daun Kesum

KHASIAT DAUN KESUM
Kesum (Polygonum minus huds) merupakan sejenis tanaman herba dlm kategori ulaman yang popular di negara kita sebagai perencah masakan...
Tumbuhan ini dipercayai kaya dengan beta kerotena,vitamin A dan C serta kandungan mineral spt kalium,kalsium dan fosforus,antioksidan dan antimikrob..
Daun kesum yg aromatik blh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia 'aliphatic aldehyde' yang tinggi dan komponen utama ialah decanal dan dodecanal..
Ia juga mempunyai potensi yang tinggi dlm industri perisa dan wangian dgn mengeringkan daun kesum utk dijadikan minyak wangi dan perisa masakan..
Dari aspek dunia perubatan Melayu,herba yg bersifat panas ni dipercayai mempunyai khasiat tersendiri..
KELEBIHAN/KHASIAT DAUN KESUM
1) Menguatkan daya ingatan
2) Mengatasi masalah kembung perut dan ketidakhadaman
3) Mengatasi masalah keputihan
4) Baik untuk wanita slps bersalin
5) Tonik hati,buah pinggang dan darah
6) Mengeluarkan angin dari perut dan usus
7) Melawaskan pembuangan air kecil dan besar
8) Menyingkirkan cacing dlm perut dan usus sbg stimulan serta merangsang haid
9) Menghilangkan panau
- Campurkan secekak daun kesum dgn minyak tanah..Gosok pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari hingga hilang
10) Mengatasi masalah ketidakhadaman,harum kan tubuh dan bagi wanita slps bersalin
- Rebus daun kesum dan minum ketika suam..Air rebusannya blh merawat keputihan..
11) Masalah Kelemumur
- Jus yg dihasilkan melalui air perahan nya blh merawat masalah kelemumur dan menghitamkan rambut
- Utk atasi kelemumur tumbuk hingga lumat daunnya tapis dan ambil patinya..Campur sedikit air lalu gosokkan perlahan pada kulit kepala selama 5 minit seblm dibilas
12) Mampu merencat sel kanser
kami ada menjual anak pokok kesum
RM6/bag
Berminat boleh hubungi kami di no 019-2340298 @ di page kami https://www.facebook.com/kedaibajapokok/